
Sulit
4 tahun
Methadone dan masalah kesuburan
Saya nak tanya,suami saya ada minum ubt nama methadone…adakah sebabkan ubat tersebut suami jadi mempunyai masalah kesuburan…

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, masalah kesuburan dan disfungsi seksual adalah dua perkara yang berbeza. Sekiranya anda mempunyai kesukaran hamil, maka ia adalah berkait dengan kesuburan yang boleh dipengaruhi oleh faktor wanita atau lelaki. Masalah disfungsi seksual pula boleh merangkumi seperti mati pucuk, tiada nafsu seks atau ejakulasi pra-matang. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.