
Sulit
5 tahun
Migrain,demam yg brpnjgn dan rase letih dan sering mengantuk
Saya wanita berumur 20 thun…Sudah 2 minggu saya migrain dan sye juga demam…ttapi sblum itu saya ada demam ttpi tidak sekerap sprti skrg…sye ada brjumpa dr…dr kte sye kena classical migrain…sye diberi ubt thn sakit dan sakit kepala…skrg msih ada rse sakit sdikit dan msih demam…Adakah migrain juga boleh mnybbkn demam

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, demam yang berlanjutan lebih seminggu boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
Migrain tidak boleh menyebabkan demam. Namun, demam yang teruk boleh menyumbang kepada sakit kepala. Memandangkan keterangan yang anda berikan tentang gejala yang dialami belum lengkap, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan.
Silakan klik pada link (DoctorOnCall) untuk menghubungi doktor ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.