Sulit
6 tahun
Migraine, penat, batuk, demam
Saya seorang wanita berusia 29 tahun. Pada 8/3/2020 saya telah berjumpa kawan saya di rumahnya. Suaminya bekerja di Motorola Penang. Sepanjang seminggu saya ada mengalami batuk2 kering yang sikit. Pada 15/3/2020 saya mengalami migraine dari pagi hingga malam. Pada belah petangnya saya mulai demam. Selepas dinner saya makan ubat demam dan painkiller. Hari ni 16/3/2020 saya sudah tidak demam cuma sedikit penat.
Perlukah saya menjalani ujiian saringan covid-19?
Thanks in advance doctor.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
6 tahun
Salam sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan.
Saya faham tentang kebimbangan anda memandangkan kita sedang mengalami wabak coronavirus.
Menurut WHO, simptom-simptom jangkitan COVID-19 yang lazim dilaporkan ialah:
- Demam (lebih daripada 37.5 degree celsius)
- Keletihan
- Batuk
- Lenguh dan sakit sendi
- Sakit tekak
- Sakit kepala
- Kesukaran bernafas
Selain COVID-19, gejala migraine, demam, batuk dan penat boleh disebabkan perkara lain seperti:
- tekanan darah rendah
- kurang kandungan gula
- Sel darah merah yang rendah
- Jangkitan bakteria atau virus
- Asma
- Allergic Rhinitis
- Pneumonia
- Penyakit tibi
Berdasarkan gejala yang anda hadapi, anda digalakkan agar melakukan ujian penilaian risiko COVID-19 untuk menilai status kesihatan anda berkenaan dengan wabak ini. Melalui ujian ini anda akan dikelaskan kepada beberapa kategori dan ikuti nasihat yang tertera di penghujung kuiz untuk langkah seterusnya. Di hospital kerajaan, ujian in hanya akan dijalankan ke atas mereka yang berisiko tinggi. Oleh itu, kami menyediakan service home testing yang boleh didapati di link berikut: COVID-19 Screening At Home
Bagi info lanjut, sila rujuk doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM di laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia (COVID-19 Portal) untuk bertanyakan isu COVID-19 bermula dari jam 8.30 am hingga 5.00 pm.
Selepas jam 5.00 pm hingga 12.00 am, sila ajukan pertanyaan anda di laman sesawang DoctorOnCall pada link ini https://www.doctoroncall.com.my/tanya/

Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini


































