Sulit
5 tahun
Minta kepastian tentang gejala yg dihadapi
Hi Dr. Maaf saya nak bertanya sekali lagi. Saya mengalami senak dan sebu di perut. Boleh dikatakan sangat tidak selesa. Keadaan ini membuatkan saya rasa sakit di hulu hati dan dada. Badan mula rasa tak sedap…sekejap sejuk sekejap rasa panas. Selsema on off dan tekak rasa tak selesa tapi saya tak batuk cuma rasa mcm ada kahak di tekak yang membuatkan saya selalu berdehem. Tapi masih boleh menelan tak ada rasa sakit. Badan pun dah mula rasa sakit2. Tarik nafas dalam2 tiada masalah tapi terasa tidak selesa. Saya juga sangat kerap sendawa. Keadaan mcm ni berlaku selepas saya amalkan minum air halia bercampur madu sejak 19-03 yang lalu. Saya tak ada keluar negara. Direct contact dgn suspect covid19 pun tiada. Cuma saya pergi dan balik kerja menaiki lrt, mrt dan bas. Adakah perlu saya ke hospital utk saringan? Atau ini hanya simptom GERD sahaja? Saya dah jawab soalan ujian covid19 dan keputusannya minimal.
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, merujuk kepada tekak terasa berangin, kondisi ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Gastritis kronik apabila terjadi keradangan lapisan dalam perut
- Gastroesophageal refulx disease (GERD) apabila asid perut naik sehingga melukakan dinding esofagus
- Hiatal hernia yaitu apabila sebahagian dinding perut terkeluar dan timbul melalui satu lubang
- Ulser perut yaitu luka di lapisan dinding perut
- Sakit tulang rusuk
- Masalah jantung
Terdapat ubatan yang boleh diberikan untuk mengatasi asid perut yang naik. Akan tetapi, mengkonsumsi ubatan sahaja tidak cukup untuk mengubati penyakit ini. Sebaiknya dilakukan perubahan gaya hidup dan gaya makan untuk meningkatkan efektivitas ubat. Antara beberapa hal yang boleh dilakukan untuk membantu mengurangi masalah ini adalah:
- tinggikan posisi kepala saat tidur
- kurangkan minuman berkafein, minuman bergas
- kurangkan makanan pedas
- bahagikan makanan dalam kuantiti kecil dan banyak kali (>3 kali sehari)
- elakkan makan sebelum tidur (3 jam)
- berhenti merokok
Memandangkan gejala ini telah berlangsung sejak sekian lamanya, dan dapat menganggu kesihatan anda serta rutin harian, sebaiknya anda mendapatkan perawatan untuk masalah ini. Bagaimanapun, untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat.
Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.





































