
damiaairish
5 tahun
Miss v berdarah setelah masturbation
saya berumur 25 tahun , sudah berkahwin. Saya ada melakukan hubungan bersama suami . tetapi kami hanya melakukan masturbation . selepas itu saya dapati ad darah ketika membuang air dan juga rasa gatal pada miss v saya. dan ad cecair kuning , adakah saya mendapat penyakit ? atau itu hanya perkara biasa ? tetapi ia tidak sakit ketika membuang air

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Terdapat pelbagai sebab yang menyebabkan anda mengalami simptom tersebut seperti
- kecederaan kepada bahagian sulit anda
- Faraj kering (“vaginal dryness”)|
- Kurang pelincir ketika seks
- Jangkitan kulat candidiasis menyebabkan gejala seperti gatal, merah, keputihan yang pekat dan pendarahan selepas seks.|
- Ketumbuhan fibroid atau polip di pangkal rahim boleh menyebabkan pendarahan selepas hubungan seks.
Terdapat beberapa soalan yang harus saya tanyakan seperti
- apakah maksud ‘masturbasi’ dalam perspektif anda?
- adakah ini kali pertama ada simptom begini
- simptom-simptom lain
Untuk membuat kesimpulan tentang punca masalah yang anda hadapi dan mendapatkan rawatan yang sesuai, sila rujuk kepada kami secara peribadi melalui atas talian. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami. Terima kasih