
Sulit
4 tahun
Miss v kehitaman akibat onani yang kasar
Miss v saya berwarna merah kehitaman akibat selalu menggosok dengan jari dengan agak kasar . Apa patut saya buat ? Bolehkah saya mencerahkan warna miss v saya? Adakah pencuci intim di pasaran mampu membantu atau ada cara lain untuk untuk mencerahkan warna miss v? Adakah kesan2 lain yang merbahayakan kesihatan saya? adakah saya perlu berjumpa doktor di klinik? Saya berasa bimbang tentang penerimaan pasangan saya kelak kerana warna miss v yang seakan lebam . Harap dr dapat membantu. Thank you in advance.

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Pastikan kebersihan tubuh anda sentiasa terjaga. Klik disini untuk dapatkan bantuan.
Kami memahami keresahan yang dialami oleh pihak anda. Walau bagaimanapun bantuan kami adalah terhad berdasarkan deskripsi yang anda telah sampaikan melalui forum ini.
Umumnya kehitaman alat kelamin boleh disebabkan oleh pelbagai faktor, antaranya termasuk:
- perubahan fisiologi wanita yang kekal atau sementara
- peningkatan pigmentasi kulit
- fenomena oksidasi kulit
- kesan iritasi kulit (akibat gosokan, dll.)
- penggunaan ubat, krim atau bahan kecantikan
Justeru untuk mengetahui apakah terdapat kaedah rawatan yang boleh mengembalikan kecerahan kulit kelamin anda, pemeriksaan yang lebih teliti perlu dilakukan terlebih dahulu. Yang jelas penggunaan bahan kimia bagi melunturkan warna kulit (vaginal bleach) tidak disarakan akibat risiko gangguan kulit dan kesan sampingan yang lain.
Inginkan penjelasan lanjut dari doktor pakar? Dermatologist kami sedia membantu
Tambahan lagi, anda boleh berhubung dengan doktor kami secara langsung diatas talian menggunakan link yang berikut. (DoctorOnCall). Terima kasih.