Sulit
6 tahun
Miss V melecet dan berdarah
Saya wanita berkahwin dan selepas bersama dengan suami, miss V saya di kawasan bekas jahitan bersalin didapati melecet dan berdarah. Saya tidak rasa sakit tapi terasa gatal dan didatangi keputihan yg byk. Saya cuma basuh dengan air setakat ini. Apakah sy patut buat utk sembuhkan luka dan melecet ini?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak puan, perdarahan setelah berhubungan seks boleh jadi disebabkan beberapa perkara seperti:
- faraj luka
- jangkitan
- faraj kering
- ketumbuhan mulut rahim
- luka mulut rahim
Apabila luka yang terjadi adalah pada tempat bekas jahitan, sebaiknya dipastikan bahawa perdarahan berhenti. Selain itu, anda adalah digalakkan untuk merujuk ke doktor kerana dikhuatiri bekas luka jahitan akan terkena jangkitan.
Bagaimanapun, untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.

































