
babycat99999777777
4 tahun
Miss v mengalami kegatalan
Saya wanita 20 an dan bakal berkahwin tak lama lagi. Saya mengalami kegatan di miss v sejak tahun lepas. Sejak akhir2 ni saya kerap mengalami kegatalan sehingga luka di miss v. Ubat apa yang sesuai untuk saya guna? Dan sekarang ini haid hari pertama saya keluar dengan sedikit. Adakah ianya mempunyai kaitan dengan miss v yang gatal? Ini merupakanii kali pertama haid saya sedikit pada hari pertama

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi iaitu kegatalan pada kemaluan. Untuk makluman anda, masalah ini boleh disebabkan oleh beberapa penjelasan, antaranya ialah:
- Jangkitan kulat, virus atau bakteria pada kemaluan
- Penjagaan kawasan kemaluan yang kurang bersih
- Jangkitan salur kencing ( urinary tract infection )
- Jangkitan kelamin ( sexually transmitted infection )
- Radang organ pelvis ( pelvic inflammatory diseases )
Untuk mengetahui rawatan atau ubat-ubatan yang tepat bagi mengatasi masalah ini, puncanya haruslah diketahui terlebih dahulu. Justeru, maklumat lanjut serta pemeriksaan susulan adalah diperlukan sebelum sebarang kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, jika masalah ini berlarutan dan mengganggu aktiviti anda, anda dinasihatkan untuk berjumpa dengan doktor bagi mendapatkan kesimpulan yang sempurna.
Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi bagi mendapatkan penerangan dan rawatan yang sewajarnya. Terima kasih