
Sulit
3 tahun
Miss v menggelupas dan pedih
saya remaja 18 tahun baru habis datang haid dan saya mendapati bahagian luar miss v saya menggelupas sehingga bajagian tersebut.menjadi warna putih. saya juga merasa pedih dan gatal… apa patut saya buat? saya tidak boleh bergerak kerana terlalu pedih

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Untuk makluman anda, gejala anda alami tersebut boleh disebab oleh beberapa perkara, contohnya:
- Radang kulit akibat penggunaan produk pencuci atau penggunaan pakaian dalam dari kain yang tidak sesuai
- Alahan kepada sesetengah bahan
- Jangkitan
Untuk mengetauhi punca penyebab masalah gejala anda, terangan dan sejarah yang jelas diperlukan, serta sebarang ujian dan penyelidikan. Oleh itu, anda perlulah merujuk masalah ini kepada doktor dengan lebih lanjut supaya rancangan rawatan yang sesuai dapat dibincang.
Anda juga boleh menghubungi kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami boleh membantu anda.
Kami berharap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan Pakar Sakit Puan.