
Sulit
3 tahun
Miss v pedih tiap kali selepas bersama
Saya wanita 27 tahun telah berkahwin, miss v tak kering semasa bersama suami tetapi pedih selepas bersama. Tiap kali terjadi macam ni. Kenapa ye?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih diatas pertanyaan anda.
Melalui kenyataan diatas, anda mengalami masalah kemaluan pedih selepas bersama dengan pasangan. Kami memahami kerisauan yang dialami oleh anda dan kami akan cuba untuk membantu dalam hal ini.
Umumnya gejala seperti ini boleh disebabkan oleh beberapa punca seperti :
- sakit akibat dari aktiviti seksual
- luka kelamin menerusi teknik yang terlalu agresif
- kelamin wanita yang tidak cukup basah atau terlalu kering
- posisi atau cara bersetubuh yang salah atau tidak lazim
- iritasi atau inflamasi pada organ kemaluan
- gangguan atau alahan kulit
Namun begitu, masalah yang disebutkan juga boleh disebabkan oleh masalah yang lebih serius dan memerlukan pemerhatian doktor segera seperti:
- Jangkitan kelamin
- Vaginismus
- Kelainan anatomi
Oleh itu, anda amat disarankan untuk bercakap dengan doktor secara atas talian agar kami boleh membantu anda dengan lebih lanjut.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.