
Sulit
5 tahun
Missed period 11 hari
Saya berumur 21 tahun, dan sudah berkahwin 8 bulan lepas… Saya telah lewat dtg haid selama 11 hari pada bulan ini…stelah saya membuat pemeriksaan pregnancy test,keputusan yg saya dpt adalah negatif… Saya mempunyai kitaran haid yg tidak teratur dan pada bulan 12/2019 saya pernah lewat period hingga 6 hari… Dalam buat masa kini,saya mendapati sakit/cramp di bawah bahagian perut,dan bahagian payudara terasa sakit,saya juga merasa sgt letih apabila melakukan kerja yang ringan… Malahan saya makan juga berselera…tetapi saya memeriksa menggunakan pregnancy test pada hari ke 7 lewat haid keputusan nya adalah negatif… adakah saya mengandung?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan masalah haid datang lewat boleh disebabkan beberapa faktor selain dari kehamilan seperti:
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Tekanan emosi
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- Masalah kalenjar tiroid atau pituitari
- Mengambil pil perancang kehamilan
- masalah pada struktur rahim, serviks atau faraj
Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.