Sulit
5 tahun
Mohon pencerahan masalah covid19
Saya berumur 43 tahun. Mengalami batuk, selsema dan sesak nafas. Tiada demam. Perlu ke saya menjalani ujian covid 19? Jika perlu, klinik mana yg perlu saya pergi atau saya kena terus pergi hospital? Saya tinggal di Bukit Raja Klang. Maklumat lain, saya tidak pernah keluar negara sejak setahun yg lalu dan tiada kawan yg mempunyai sakit covid19.
5 tahun
Salam sejahtera!
Terima kasih untuk soalan yang telah anda ajukan. Saya ambil maklum bahawa kini anda mengalami masalah batuk, sesak nafas dan selesema. Namun, untuk menilai risiko anda, anda digalakkan agar melakukan ujian penilaian risiko COVID-19 untuk menilai status kesihatan anda berkenaan dengan wabak ini. Melalui ujian ini anda akan dikelaskan kepada beberapa kategori dan ikuti nasihat yang tertera di penghujung kuiz untuk langkah seterusnya. Ujian saringan COVID-19 biasanya diutamakan untuk orang yang berisiko sederhana tinggi atau tinggi.
Punca-punca batuk yang lain pula ialah:
- Jangkitan bakteria atau virus
- Asma
- Allergic Rhinitis
- Pneumonia
- Penyakit tibi
- COPD
Anda juga boleh merujuk doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM di laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia (COVID-19 Portal) untuk bertanyakan isu COVID-19 bermula dari jam 8.30 am hingga 5.00 pm.
Selepas jam 5.00 pm hingga 12.00 am, sila ajukan pertanyaan anda di laman sesawang DoctorOnCall pada link ini https://www.doctoroncall.com.my/tanya/
Terima kasih sekali lagi. Saya berharap jawapan yang telah saya berikan boleh membantu anda.

Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini

































