Sulit

3 tahun

Molar pregnancy atau kandungan anggur

saya berumur 20 tahun dan usia kandungan saya 9 minggu, saya dapat tahu saya mengalami molar pregnancy selepas saya discharge dari hospital akibat mengalami gumpalan coklat. saya ingin mengetahui lebih lanjut tentang proses pemulihan selepas keguguran anggur, dan boleh ke saya minum jamu? bagaimanakah saya dapat menghilangkan rasa sakit dibahagian rahim?

Salam sejahtera. Terima kasih untuk soalan yang anda ajukan.

Untuk makluman anda, keguguran anggur boleh berlaku lagi dalam kehamilan yang seterusnya apabila anda mempunyai sejarah kehamilan anggur. Umur 20 dan ke bawah atau 35 ke atas juga mempunyai lebih risiko untuk kehamilan anggur. Selepas anda didiagnos dengan kehamilan anggur, anda akan diberi jadual untuk ke klinik semula bagi memeriksa kadar hormon hCG dalam badan anda. Hal ini kerana sekiranya terdapat saki-baki tisu kehamilan anggur di dalam rahim anda, ia boleh tetap membesar. Ini digelar ‘gestational trophoblastic neoplasia’ (GTN). Oleh itu, anda disarankan untuk elakkan mengandung sekurang-kurangnya 6 bulan jika anda mengalami kehamilan anggur yang biasa sahaja dan 1 tahun atau lebih sekiranya anda di bawah rawatan untuk GTN. Anda boleh menggunakan kondom atau kaedah pencegahan kehamilan yang lain.

Jamu merupakan salah satu ubat-ubatan traditional yang sering digunakan dalam masyarakat kita. Sebelum dijual di pasaran, produk jamu yang ingin anda gunakan harus diluluskan oleh KKM. Keberkesanannya tidak dapat dipastikan kerana jamu tidak menjalani proses kajian seperti ubat-ubatan moden. Oleh itu, jamu tetap merupakan ubat traditional yang mungkin tidak membawa sebarang kesan baik selepas penggunaan.

Bagi rasa sakit di rahim, anda boleh berbincang dengan doktor yang merawat anda untuk memberikan ubat tahan sakit yang sesuai sekiranya sakit yang anda alami mengganggu kehidupan seharian anda.

Kehamilan adalah saat yang indah, pastikan anda mendapat khasiat yang secukupnya untuk perkembangan bayi yang sihat.

Penerangan yang telah diberikan di atas cuma berdasarkan maklumat yang telah anda nyatakan. Untuk kesimpulan yang lebih menyeluruh dan lengkap, pelbagai soalan kesihatan dan pemeriksaan harus dijalankan untuk mencapai diagnosis yang tepat beserta rawatan yang bersesuaian. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Dapatkan penerangan lebih lanjut dan nasihat atau rawatan yang diperlukan di sini. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.

Pastikan persoalan anda terjawab untuk kehamilan yang sihat. Doktor pakar ibu dan anak (obstetrician) dapat membantu anda.

cara-cepat-hamil

Tahukah anda sistem imun juga memainkan peranan dalam keberkesanan vaksin?

Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!

Forum Kesihatan

Terokai soalan berkaitan kesihatan.
Ejakulasi Pramatang (409) URTI (222) Mati Pucuk (763) Gonorea (146) Kulat di Faraj (293) Sakit Kepala (3143) Sifilis (247) Penyakit Kelamin (2391) Migrain (129) Chlamydia (27) Haid Tidak Teratur (5282) Pil Perancang Kecemasan (1258) Keputihan (1654) Demam (1404) Sesak Nafas (2099) Sakit Tekak (1403) Darah Tinggi (418) Penuaan (16) Keracunan Makanan (43) Badan Gemuk (87) Jerawat (414) Ketuat (150) Tonsil (210) Kurap (104) Kencing Manis (527) Pedih Ulu Hati (204) Herpes (207) Kandidiasis (16) Ekzema (30) Perancangan Keluarga (2550) Kehamilan (4990) HIV (859) Tiroid (420) Kolesterol Tinggi (145) Haid Lewat (4282) Haid Berlebihan (398) Sakit Badan (1493) Kurang Berat Badan (226) Haid Berpanjangan (1856) Kesihatan Am (4078) Insomnia (210) Hipotensi (49) Sinusitis (87) Buasir (523) HPV (93) Kutu (17) Haid Sakit (523) Strok (107) Hepatitis A (9) Hepatitis B (117) Hepatitis C (33) Penyakit Jantung (541) Psoriasis (39) Gallstone (9) Sakit Tumit (165) Cara Berhenti Merokok (104) ENT (2375) Kesihatan Seksual (5517) Sakit Dada (2572) Sakit Mata (880) Ujian Kehamilan (1396) Penyakit Kulit (3772) Najis Abnormal (664) Sakit Perut (3867) Sakit Lutut (402) Masalah Kencing (2283) Sakit Payudara (972) Kesihatan Kanak-Kanak (2437) Kesihatan Mental (2101) Gigi & Gusi (1162) Jangkitan Coronavirus (7011) Fibroid (64) Batuk (940) Sakit Telinga (220) Sakit Pinggang (562) Ubat-Ubatan (1652) Darah Nifas (68) Najis Berdarah (397) Keguguran (371) Selsema (152) Mual & Muntah (451) Kebas (614) Tidak Datang Haid (464) Asid Refluks (74) Gastrik (212) Sakit Belakang (494) Sakit Tulang (454) Sakit Otot (158) Pendarahan Coklat (390) Pendarahan Spotting (502) Lebam (20) Kesihatan Am Wanita (2082) Sakit Mulut (228) Derma Darah (52) Anemia (120) Sembelit (274) Kesihatan Rambut (264) Mulut Berbau (43) Dehidrasi (4) Tidur Berdengkur (23) Masalah Tidur (306) Cirit Birit (216) Masalah Peluh (210) Benjolan Di Kulit (882) Pitam (191) Ulser mulut (68) Selsema burung (8) Wabak bubonic (8) Pelindung muka (16) Kurang Selera Makan (132) Prosedur Perubatan (574) Makanan Tambahan (274) Pening Kepala (532) Trauma (32) Keputusan Siasatan (212) Penerangan Penyakit (525) Alahan (72) Masalah kesuburan (36) Bisul (160) Pencegahan Koronavirus (138) Kahak (248) Masalah Penglihatan (58) Asthma (38) Vitamin dan Nutrisi (231) Masalah Tangan Dan Kaki (1503) Sendawa (112) Masalah Buah Pinggang (150) Vaksin COVID-19 (1490) Ketinggian (56) Kesihatan Lelaki (742) Masalah saraf (56) Hematologi (36) Denyutan Nadi & Kesihatan Jantung (230) Hipoglisemia (2) Kesihatan Kulit (178) Hormon, Endokrin & Metabolisme Tubuh (12) Sakit Sendi (16) Apendiks (4) Penyakit Hati (8) Penerangan Vaksin (30) Resdung (4) Influenza (28) Ketumbuhan (14) Kecederaan (20) Kanser (48) Sakit Leher (116) Darah (116) Ketiak (40) Masalah Najis (12) HFMD (2) Paru - Paru (22) Hidung (12) Hempedu (10) Jahitan (28) Pembedahan (16) Penyusuan (16) Suntikan (14) Darah Putih (16) Bahu (6) Bibir (14) Autisme (4) Asid Folik (16) Pusat (2) Sawan (6) Melecur (2) Badan Berbau (2) Ruam (6) Muka (6) Tuberkulosis (2) Saringan kesihatan (2) Suplemen, Vitamin dan Mineral (2) Vaksin Denggi (50)