
Sulit
4 tahun
Morning after pill apa yang sesuai
Saya wanita berumur 25 tahun…
2 ari lepas bersama dengan suami pada hari ke 13… jika ingin morning after pill apa yang sesuai… kerana kami blok merancang untuk ada anak suami tidak pakai kondom

4 tahun
Salam sejahtera & terima kasih kerana menghubungi kami,
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Namun berikut hanya deskripsi awal yang memerlukan arahan selanjutnya dari doktor yang lebih pakar.
Kekalkan kebahagiaan rumah tangga anda dengan mendapatkan perancangan keluarga yang terbaik !
Untuk makluman anda, morning after pill yang sering dikaitkan di Malaysia adalah Postinor-2. Iaitu sebuah pil yang mengandungi hormon progesteron yang tinggi bagi menghalang kehamilan berlaku. Sekiranya postinor diambil secara kerap, terdapat beberapa kesan sampingan yang biasanya berlaku seperti :
- Haid tidak teratur
- Keletihan
- Mual
- Muntah
- Sakit perut
- Cirit-birit
- Pening
- Sakit kepala
- Sakit payudara
- Pendarahan faraj
- Tindak balas kulit
- Pendarahan
Antara kontraindikasi (baca: syarat-syarat tidak boleh digunakan) pil Postinor-2 adalah:
- Kehamilan
- Masih menyusu anak bayi
- Terdapat perdarahan kelamin (baca: istihadah)
- Gangguan organ hati
- Sejarah alahan pada ubat
- Telah melakukan hubungan seks melebihi 72 jam sebelumnya
Untuk mengetahui dos ubat yang sesuai, anda boleh mendapatkan informasi secara langsung (di atas talian) dengan doktor kami yang bertugas kami di (DoctorOnCall).