
Sulit
4 tahun
Mual, cepat penat, pening bila buat kerja lama
Hai doctor. Saya siti berumur 29 tahun. Saya baru berkahwin 2 bulan dan memang merancang utk dapatkan anak.sy juga mempunyai masalah gastrik tp tidak terlalu teruk. Dalam beberapa hari ni saya kerap rasa mual2, pening bila berdiri atau buat kerja lama, cepat letih bila buat kerja, susah tidur malam, mulut rasa macam payau, rasa tak sedap perut macam angin dan rasa macam nak muntah tapi tak muntah. Saya ade buat research tanda2 hamil ade seperti itu tp bila saya buat pregnancy test beberapa kali, still negative. Dan hari ni hari kedua saya period tp yg keluar hanya la sedikit sahaja dan berwarna merah terang dan coklat. Andai kata masalah gastrik atau angin, adakah masalah ni berlarutan sehingga seminggu sedangkan saya jaga pemakanan dan waktu makan. Persoalannye, andai kata saya pregnant, apa cara terbaik utk mengetahui keputusan yg tepat? Andai kata bukan pregnant, adkaah sebab angin sahaja? Buat pengetahuan doktor, perut saya kadang2 je rasa kembung. Lebih rasa x selesa sbb rasa mual2. Harap doktor dpt membantu. Terima kasih doktor.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami,
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Gejala yang anda alami dapat dikaitkan dengan pelbagai masalah atau gangguan, sehingga ia memerlukan pemeriksaan yang lebih komprehensif bagi menentukan rawatan yang terbaik.
Untuk makluman anda, gejala-gejala yang dialami boleh disebabkan oleh:
- kekurangan gula dalam tubuh
- kekurangan rehat atau tidur
- rutin makan yang kurang sihat
- tanda-tanda dehidrasi
- faktor psikologi
atau ia juga boleh disebabkan oleh:
- alahan dari pemakanan
- jangkitan kuman yang disertai keracunan makanan
- gangguan saluran pencernaan
- gangguan penyakit yang memerlukan pemeriksaan yang lebih khusus
Khusus sekiranya anda seorang wanita, ia juga boleh menandakan:
- gangguan kitaran haid
- gangguan ketidakstabilan hormon
- mahupun gangguan organ wanita
Maka, tanpa pemeriksaan yang lebih khusus, kita tidak boleh menjamin punca sebenar sakit yang anda alami. Walaubagaimanapun untuk menghilangkan keluhan buat sementara waktu, anda dinasihatkan untuk:
- berehat apabila selesai beberapa tugas
- memastikan pakaian tidak terlalu ketat
- memastikan tubuh sentiasa terhidrat (baca: stay hydrated)
- merujuk ke doktor secepatnya
Untuk mengetahui punca masalah sebenar anda perlu mendapatkan rawatan dan pemeriksaan lanjut. Tambahan lagi anda juga boleh mendapatkan informasi secara langsung (di atas talian) dengan doktor kami yang bertugas kami di (DoctorOnCall).