
Sulit
4 tahun
Mual dan sakit pinggang
Selamat pagi. Saya mengalami sakit pinggang, badan, lenguh-lenguh, sakit kepala dan mual selama seminggu. Untuk pengetahuan doktor saya juga ada GERD dan gastrik. Ada ini simptom gerd?. Apakah penyebab saya mengalami simptom-simptom ini ?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah yang anda senaraikan boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- kehamilan
- sindrom pramenstruasi
- jangkitan virus seperti demam denggi
- jangkitan bakteria
- jangkitan parasit seperti malaria
- sakit kepala jenis kluster
- masalah buah pinggang
- masalah hati
Untuk pengetahuan anda, simptom-simptom GERD ialah:
- sakit ulu hati
- masalah menelan
- batuk pada waktu tidur
- rasa masam di belakang tekak
- sakit dada
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.