
Sulit
3 tahun
Mual dan tekak rasa pahit kelat
Hi doctor…sy baru sembuh dr covid and bru 2 kluar dari hospital…tp sy mngalami mual teruk,lidah rsa pahit n kelat jer…dan Dan sakit bdan…normal ker tu??

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera. Terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kerisauan anda. Untuk pengetahuan anda, sesetengah pesakit covid yang telah sembuh akan mengambil masa untuk kembali normal dan bebas daripada segala simptom.
Namun sekiranya simptom ini tidak berkurang dan mengganggu rutin harian anda, disarankan untuk merujuk doktor dan lakukan pemeriksaan lanjut.
Bagaimanapun, untuk kepastian, anda amat disarankan untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian bagi mendapatkan penerangan lebih lanjut mengenai masalah yang anda alami.
Anda boleh mengklik pautan ini untuk meminta secara langsung ujian saringan COVID-19 . Anda juga boleh menghubungi Pusat Kesiapsiagaan dan Respons Krisis ( CPRC ) bagi mendapatkan informasi tambahan.
Talian CPRC:
0388810200
+60178429454
cprc@moh.gov.my
Kami berharap ini dapat membantu anda.
Terima kasih
Sila klik di sini untuk bercakap dengan doktor.