
Sulit
4 tahun
Mual mual,sakit bahagian perut dan dada
Hi… Saya berumur 22 tahun . Saya msh bujang. Sejak kebelakangan ini sya mngalami rasa mual-mual ,sakit di bahagian perut dan dada… Kadang²ada rasa mcm sesak nafas juga. Sy juga kdg² hilang selera makan… Blh sya tau knpa?

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami,
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Gejala yang anda alami dapat dikaitkan dengan pelbagai masalah atau gangguan, sehingga ia memerlukan pemeriksaan yang lebih komprehensif bagi menentukan rawatan yang terbaik.
Untuk makluman anda, gejala-gejala yang dialami boleh disebabkan oleh:
- kekurangan gula dalam tubuh
- kekurangan rehat atau tidur
- rutin makan yang kurang sihat
- tanda-tanda dehidrasi
- faktor psikologi
atau ia juga boleh disebabkan oleh:
- alahan dari pemakanan
- jangkitan kuman yang disertai keracunan makanan
- gangguan saluran pencernaan
- gangguan penyakit yang memerlukan pemeriksaan yang lebih khusus
Khusus sekiranya anda seorang wanita, ia juga boleh menandakan:
- gangguan kitaran haid
- gangguan ketidakstabilan hormon
- mahupun gangguan organ wanita
Maka, tanpa pemeriksaan yang lebih khusus, kita tidak boleh menjamin punca sebenar sakit yang anda alami. Walaubagaimanapun untuk menghilangkan keluhan buat sementara waktu, anda dinasihatkan untuk:
- berehat apabila selesai beberapa tugas
- memastikan pakaian tidak terlalu ketat
- memastikan tubuh sentiasa terhidrat (baca: stay hydrated)
- merujuk ke doktor secepatnya
Untuk mengetahui punca masalah sebenar anda perlu mendapatkan rawatan dan pemeriksaan lanjut. Tambahan lagi anda juga boleh mendapatkan informasi secara langsung (di atas talian) dengan doktor kami yang bertugas kami di (DoctorOnCall).