
Sulit
3 tahun
Mual selepas makan/minum
Saya wanita umur 26 tahun, dah kahwin 11 tahun…sebelum ni beberapa tahun selepas melahirkan ank pertama pada tahun 2013 sya memang ada masalah period tak teratur, sampai 5-6 bulan sekali sahaja… sya pernah refer doc,tapi dinyatakan kerana hormon tak stabil… tpi alhamdullilah baru ni dalam 4 bulan saya period ontime … masalah nya sekarang off lagi dah lewat seminggu,selalu mai dalam 5-10hb … Tpi beza nya sekarang Saya kerap mual selepas makan/minum minuman berperisa … kalau air kosong ok … Nak katakan hamil, saya jadi tak yakin sebab pernah masalah period tak teratur … Sekiranya tidak hamil ,apakah kemungkina ada penyakit yg lain doc ? Saya tak ada pening/sakit kepala/badan @ lain² … Mual shaja…

3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas pertanyaan yang diajukan.
Kami memahami bahawa anda bimbang dengan keadaan anda yang mengalami masalah mual dan muntah. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Berdasarkan kenyataan anda, berikut merupakan antara sebab-sebab mengapa anda mengalami gejala sedemikian:
- Pedih ulu hati atau GERD
- Ulser gastrik
- Gastritis
- Penyakit hempedu
- Food intolerance; di mana badan anda tidak dapat menerima sesetengah jenis makanan
- Keracunan makanan
Sila berjumpa dengan doktor sekiranya anda mempunyai gejala berikut:
- Demam
- Muntah
- Cirit-birit
- Sakit perut and loya mengganggu aktiviti harian
Namun begitu, masih ada kemungkinan bahawa anda sedang hamil kerana sebelum ini period anda ontime dan lancar selama 4 bulan.
Namun begitu, ini hanyalah pandangan kami secara umum mengapa anda mengalami masalah sedemikian. Anda perlu berjumpa dengan doktor supaya puncanya dapat dicari dan rawatan dapat diberikan kepada anda. Anda juga boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.