Sulit
6 tahun
Mudah keluar air mazi
Saya lelaki berumur 32 tahun. Masalah saya sekarang, saya terlalu mudah keluar mazi, walaupun terangsang hanya beberapa saat. Bagaimana cara mengatasinya?
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala air mazi mudah keluar boleh disebabkan beberapa faktor seperti:
- Masalah hormon testosteron tinggi
- Masalah keradangan kalenjar prostat atau buah zakar
- Cecair nanah dari jangkitan saluran/pundi kencing
Antara langkah-langkah yang anda boleh ambil ialah elakkan ransangan dengan sengaja ataupun lakukan hubungan kelamin kerap dengan isteri. Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.

































