
Sulit
4 tahun
Mudah keluar manzi walaupun hanya oncall dengan teman wanita
Salam dan selamat sejahtera doktor. Saya nak bertanya, saya sangat mudah terkeluar manzi walaupun kadang2 sedang oncall dengan teman wanita. Boleh saya tahu langkah2 awal untuk cegah masalah ini? Umur saya 22 tahun dan belum berkahwin.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, pengeluaran air mazi biasanya berlaku sewaktu terangsang secara seksual. Melihat kepada keluhan anda, dapat diperhatikan disini bahawa waktu air mazi keluar (iaitu sewaktu bercakap dengan teman wanita) adalah normal seperti kebanyakan lelaki lain. Untuk lebih jelas, apabila air mazi keluar saat anda berhubungan ataupun bermesej dengan tunang, itu bermaksud anda terangsang secara seksual, dan keadaan ini adalah dianggap normal kerana tarikan seksual.
Akan tetapi, pada sesetengah orang pula, terdapat keadaan apabila air mazi keluar tanpa sengaja, iaitu tanoa berasa ada tarikan seksual, air mazi atau air mani tetap keluar. Pengeluaran mazi tanpa sengaja ini dapat terjadi pada pelbagai keadaan. Antaranya:
- mimpi basah hal ini dapat dianggap normal. Kadang tanpa mimpi terjadi pengeluaran air mazi sehabis bangun tidur seperti pada kes anda
- kesan sampingan ubat-ubatan
- masalah prostat seperti keradangan ataupun kanser
- kerosakan saraf - biasanya terjadi pada usia tua, atau akibat kecederaan, dan jangkitan
Namun sekiranya masalah masih diatas masih terjadi, ia bererti air mazi yang keluar bukanlah penyakit, tetapi merupakan keadaan normal yang dapat dikontrol dengan mengenalpasti aktiviti yang boleh merangsang anda dan mengelakkan diri dari berlebihan melakukan aktiviti tersebut. Merujuk kepada keluar air mazi sewaktu bangun tidur pula, ia adalah normal dan tidak perlu khuatir.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.