Sulit

2 tahun

Muka berbelang tak selesa bila kulit tak sekata

saya wanita 20 an brtudung .kulit saya kena panas ja skit trus berbelang .nak rawat muka saya sekata balik sangatlah susah .saya buntuh mcm nak putihkan balik .blh tak doktor bagi saya tips pulihkan kulit berbelang .

Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.

Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi. Untuk makluman anda, warna kulit ini ditentukan oleh pigmen melanin. Terdapat beberapa faktor yang boleh menjadikan kulit gelap, antaranya ialah:

  • pendedahan kepada sinaran UV
  • pembentukan genetik
  • saiz melanosit: Ukuran melanosit berbeza pada individu yang berbeza dan boleh menyebabkan perbezaan jumlah melanin yang dihasilkan setiap sel.
  • penyakit: Beberapa penyakit boleh mempengaruhi pengeluaran melanin

Untuk mengatasi masalah kulit gelap, punca sebenar haruslah diketahui terlebih dahulu. Justeru, maklumat lebih lanjut diperlukan sebelum sebarang kesimpulan boleh dibuat.

Anda boleh mencuba beberapa langkah di bawah seperti:

  • SPF - mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Oleh itu, lindungi kulit anda daripada sinaran UV dengan menggunakan pelindung matahari yang mengandungi SPF 30 ke atas. Pelindung matahari ini disarankan untuk disapu setiap 2 jam sekiranya anda berada di bawah matahari.
  • Exfoliation - kaedah mengelupas lapisan kulit mati di permukaan dengan lembut menggunakan produk scrub buatan sendiri atau yang dibeli di kedai dapat membantu mencerahkan warna kulit. Sel-sel kulit mati ini membantu melindungi daripada sinar matahari. Oleh itu, setelah sel mati ini dibuang, elakkan matahari kerana kulit lebih mudah terkena selaran matahari dan menyebabkan kerosakan kulit.
  • Penggunaan penjagaan kulit yang mempunyai bahan aktif seperti vitamin C, retinoid atau asid kojic. Bahan aktif seperti di atas sering digunakan dalam rawatan mencerahkan bintik hitam dengan mengelupaskan kulit dan mendorong pertumbuhan sel baru. Namun, disarankan untuk mengambil satu bahan aktif dalam satu masa bagi mengelakkan kesan yang tidak diingini. Selain itu, amat digalakkan juga untuk anda mendapatkan rawatan di bawah pengawasan pakar dermatologi ketika menggunakan bahan aktif di atas.

Dapatkan kulit yang sihat dengan penjagaan kulit yang betul.

Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Jika anda mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih

Masih was-was? Dapatkan bantuan pakar kulit bagi membantu kondisi kulit anda!

kulit%20kusam%20(5)

Tahukah anda sistem imun juga memainkan peranan dalam keberkesanan vaksin?

Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!

Forum Kesihatan

Terokai soalan berkaitan kesihatan.
Ejakulasi Pramatang (409) URTI (222) Mati Pucuk (763) Gonorea (146) Kulat di Faraj (293) Sakit Kepala (3143) Sifilis (247) Penyakit Kelamin (2391) Migrain (129) Chlamydia (27) Haid Tidak Teratur (5282) Pil Perancang Kecemasan (1258) Keputihan (1654) Demam (1404) Sesak Nafas (2099) Sakit Tekak (1403) Darah Tinggi (418) Penuaan (16) Keracunan Makanan (43) Badan Gemuk (87) Jerawat (414) Ketuat (150) Tonsil (210) Kurap (104) Kencing Manis (527) Pedih Ulu Hati (204) Herpes (207) Kandidiasis (16) Ekzema (30) Perancangan Keluarga (2550) Kehamilan (4990) HIV (859) Tiroid (420) Kolesterol Tinggi (145) Haid Lewat (4282) Haid Berlebihan (398) Sakit Badan (1493) Kurang Berat Badan (226) Haid Berpanjangan (1856) Kesihatan Am (4078) Insomnia (210) Hipotensi (49) Sinusitis (87) Buasir (523) HPV (93) Kutu (17) Haid Sakit (523) Strok (107) Hepatitis A (9) Hepatitis B (117) Hepatitis C (33) Penyakit Jantung (541) Psoriasis (39) Gallstone (9) Sakit Tumit (165) Cara Berhenti Merokok (104) ENT (2375) Kesihatan Seksual (5517) Sakit Dada (2572) Sakit Mata (880) Ujian Kehamilan (1396) Penyakit Kulit (3772) Najis Abnormal (664) Sakit Perut (3867) Sakit Lutut (402) Masalah Kencing (2283) Sakit Payudara (972) Kesihatan Kanak-Kanak (2437) Kesihatan Mental (2101) Gigi & Gusi (1162) Jangkitan Coronavirus (7011) Fibroid (64) Batuk (940) Sakit Telinga (220) Sakit Pinggang (562) Ubat-Ubatan (1652) Darah Nifas (68) Najis Berdarah (397) Keguguran (371) Selsema (152) Mual & Muntah (451) Kebas (614) Tidak Datang Haid (464) Asid Refluks (74) Gastrik (212) Sakit Belakang (494) Sakit Tulang (454) Sakit Otot (158) Pendarahan Coklat (390) Pendarahan Spotting (502) Lebam (20) Kesihatan Am Wanita (2082) Sakit Mulut (228) Derma Darah (52) Anemia (120) Sembelit (274) Kesihatan Rambut (264) Mulut Berbau (43) Dehidrasi (4) Tidur Berdengkur (23) Masalah Tidur (306) Cirit Birit (216) Masalah Peluh (210) Benjolan Di Kulit (882) Pitam (191) Ulser mulut (68) Selsema burung (8) Wabak bubonic (8) Pelindung muka (16) Kurang Selera Makan (132) Prosedur Perubatan (574) Makanan Tambahan (274) Pening Kepala (532) Trauma (32) Keputusan Siasatan (212) Penerangan Penyakit (525) Alahan (72) Masalah kesuburan (36) Bisul (160) Pencegahan Koronavirus (138) Kahak (248) Masalah Penglihatan (58) Asthma (38) Vitamin dan Nutrisi (231) Masalah Tangan Dan Kaki (1503) Sendawa (112) Masalah Buah Pinggang (150) Vaksin COVID-19 (1490) Ketinggian (56) Kesihatan Lelaki (742) Masalah saraf (56) Hematologi (36) Denyutan Nadi & Kesihatan Jantung (230) Hipoglisemia (2) Kesihatan Kulit (178) Hormon, Endokrin & Metabolisme Tubuh (12) Sakit Sendi (16) Apendiks (4) Penyakit Hati (8) Penerangan Vaksin (30) Resdung (4) Influenza (28) Ketumbuhan (14) Kecederaan (20) Kanser (48) Sakit Leher (116) Darah (116) Ketiak (40) Masalah Najis (12) HFMD (2) Paru - Paru (22) Hidung (12) Hempedu (10) Jahitan (28) Pembedahan (16) Penyusuan (16) Suntikan (14) Darah Putih (16) Bahu (6) Bibir (14) Autisme (4) Asid Folik (16) Pusat (2) Sawan (6) Melecur (2) Badan Berbau (2) Ruam (6) Muka (6) Tuberkulosis (2) Saringan kesihatan (2) Suplemen, Vitamin dan Mineral (2)