
Sulit
4 tahun
Muka berjerawat bagi perempuan
Hi saya berumur 13 tahun saya Ingin bertanya bagaimana Ingin menghilangkan jerawat Secara semula jadi saya Ingin ketahui lebih lanjut bagi perempuan

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah jerawat yang anda hadapi. Untuk makluman anda, jerawat dapat timbul kerana pada orang yang mempunyai ciri-ciri berikut;
- Sejarah keluarga
- Merokok
- Tekanan Emosi
Ia kemudian berkembang menjadi jerawat apabila terdapat kejadian berikut:
- Peningkatan dalam produksi sebum (akibat penggunaan produk yang salah)
- Infeksi oleh bakteria (akibat kurang mencuci muka dengan benar)
- Masalah hormon seperti polycystic ovarian syndrome (diagnosis dasar yang biasanya disertai dengan masalah haid dan sebagainya)
Dapatkan kulit yang sihat dengan penjagaan kulit yang betul.
Rawatan masalah jerawat memerlukan disiplin yang tinggi dari segi penjagaan pemakanan, kebersihan wajah dan konsultasi bersama doktor jika berkaitan dengan ubat-ubatan. Bagaimanapun, di bawah adalah senarai tips menghilangkan bekas jerawat secara semulajadi yang boleh anda cuba:
- Aloe vera
- Timun
- Madu
- Minyak lavender
- Minyak zaitun
Untuk mengetahui punca sebenar dan rawatan kepada masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut dan pemeriksaan teliti adalah diperlukan sebelum sebarang kesimpulan boleh dibuat. Anda dinasihatkan untuk berjumpa dengan doktor berdekatan untuk mendapatkan kesimpulan yang sempurna. Anda juga boleh klik di link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi di atas talian untuk mendapatkan maklumat selanjutnya. Jawapan ini keterangan am keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih