
hanaizzati24
4 tahun
Muka pucat, tiada selera makan muntah, tiada tenaga
ayah saya bermumur 54 tahun menghidap kencing manis dan darah tinggi tiada selera makan, tiada tenaga, dr di klinik kami pernah pergi mengatakan mungkin ayah saya mengalami masalh di perut atau[un kekurangan darah merah. Tetapi apabila ke hospital hanya diberi ubat dan disuruh pulang dengan alasan disitu adalah wad kecemasan tidah boleh buat ujian darah dan sebagainya. saya jangkakan abah saya akan ditahan di wad dan diberi rawatan yang sepatutnya

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah yang Ayah anda hadapi boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- kurang sel darah merah
- kurang kandungan gula
- masalah jantung
- masalah ketumbuhan pada perut
- ketumbuhan pada usus
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.