
myllaqa
2 tahun
Muka timbul ruam merah lepas muntah dan sakit kepala
hi doc,sy nk tanya kenapa setiap kali saya muntah berterusan(muntah bersambung sampai 5 ke 6 kali dlm 1 masa) muka sy akn keluar mcm ruam merah kesan daripada muntah berterusan.ianya akn hilang lepas 2 3 hari.adakah disebabkan tekanan semasa muntah terus menerus trsebut muka sy timbul ruam merah?sy muntah sebab sy skt kepala sgt dah 3 hari,sakit yg menyucuk ,rasa bisa dan ada pening sedikit.sebelum sy sakit kepala mcm ni,sy on n off kena vertigo.fyi,sy dh lama kena pening berpusing n sy juga ada migrain.kebiasaannya sebelum kena migrain,sy akan kena pening brpusing ni dulu,ade aura n baru sy akan kena migrain…

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala ruam merah yang anda alami selepas muntah boleh disebabkan:
- Alahan
- Purpura - kesan saluran darah kecil pecah atau salah satu gejala meningitis (jangkitan selaput otak)
- Peredaran darah ke muka secara banyak - boleh menyebabkan kemerahan
- Penyakit auto-imun seperti SLE
Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.