
Sulit
4 tahun
Multivitamin untuk ibu menyusu
Saya seorang ibu yang bekerja dan menyusukan anak. Saya sering terlepas waktu makan disebabkan kesibukan bekerja di pejabat. Kadangkala saya terlupa untuk makan setelah pulang dari kerja kerana fokus menguruskan anak-anak dan hal rumahtangga. Saya sering berasa letih dan lesu tambahan pula anak bongsu saya masih menyusu badan. Saya bercadang untuk mengambil multivitamin contoh Proviton dan adakah ia selamat untuk saya memandangkan ia mempunyai kandungan ginseng & CoQ10?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Untuk makluman pihak anda, ubat Proviton merupakan multivitamin supplement, mengandungi bahan seperti kalsium, folate, vitamin B12, vitamin C, vitamin D magnesium dan banyak lagi digunakan untuk:
- Memenuhi keperluan seharian vitamin
- Vitamin C pentng untuk pemulihan sel sel badan
- Menguatkan tulang terutamanya kalsium
- Menambah dan mempastikan kandungan darah yang ideal
- Digunakan oleh pesakit buah pinggang
Ubat ini boleh memberikan kesan sampingan
- Sembelit ataupun cirit-birit
- Berasa loya dan muntah
- Kurang selera makan
- Alahan kepada ubat
Setakat ini, belum ada kajian yang terperinci menunjukkan kontraindikasi bahan dalam multivitamin Provition unutk ibu secara am serta yang menyusukan anak. Untuk mengetahui jika ubat ini sesuai untuk anda ambil atau tidak, sila rujuk kepada pihak kami di link ini (DoctorOnCall) atau (DoctorOnCallEPharma) secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih