
Sulit
4 tahun
Mulut pecah dan luka di bahagian kemaluan
saya lelaki umur 25 tahun mula sekali sakit tekat lepas tu pecah kat bahagian bibir dan luka di bahagian kemaluan saya

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala-gejala yang anda alami boleh disebabkan beberapa perkara seperti:
- Jangkitan kulat seperti kandidiasis
- Penyakit Behcet - sejenis penyakit auto-imun yang boleh menyebabkan ulser pada mulut dan kemaluan
- Penyakit kulit seperti lichen planus
- Penyakit radang usus
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.