
Sulit
4 tahun
Muntah air liur
assalamualaikum, saya wanita, dah berkahwin, sy dah demam 2 hari… on off… harini lps solat maghrib nak minum air, baru 2 3 suap je… muntah air tapi dlm 2 3 hari ni x berapa nk minum air masak, dia mcm nk minum air manis dengan masam
sebab apa ye doktor

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami memahami keresahan yang dialami oleh pihak anda. Walau bagaimanapun bantuan kami adalah terhad berdasarkan deskripsi yang anda telah sampaikan melalui forum ini.
Inginkan gaya hidup sihat? Suplemen dapat membantu !
Mual muntah boleh disebabkan oleh banyak perkara, antaranya:
- gangguan kestabilan hormon atau PMS
- gangguan atau jangkitan saluran pencernaan
- gangguan organ pendengaran atau kestabilan tubuh
- gangguan saraf atau penglihatan
- tanda-tanda kehamilan
- dan lain-lain.
Gejala demam tersebut boleh menandakan berlakunya jangkitan kuman pada tubuh, namun demam yang naik turun serta berpanjangan (melebihi tiga hari) perlu dikaji dengan lebih teliti oleh pihak kesihatan, kerana dikhuatiri:
- jangkitan virus (i.e. covid19, denggi, dll)
- jangkitan bakteria (i.e. tifoid, dll.)
- jangkitan parasit (i.e. cacingang, dll)
- dll.
Kekerapan meminum air boleh merujuk keapda sesuatu gejala penyakit (i.e. diabetes), namun pada individu yang sihat, ia lebih sering dikaitkan dengan refleks tubuh yang dahaga atau sikap mengidam. Namun, walaupun anda lebih selesa untuk minum air manis, disarankan juga untuk minum air masak agar badan sentiasa terhidrasi.
Inginkan penjelasan lebih lanjut daripada pakar? Internal Medicine Specialist kami sedia membantu.
Untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang kondisi kesihatan anda, atau agar rawatan yang lebih tepat boleh di laksanakan, pemeriksaan yang lebih terperinci perlu dilakukan terlebih dahulu. Oleh yang demikian kami menasihatkan agar anda mendapat rawatan secara langsung di klinik ataupun hospital yang terdekat. Tambahan lagi, anda boleh berhubung dengan doktor kami secara langsung diatas talian menggunakan link yang berikut. (DoctorOnCall). Terima kasih.