
Sulit
4 tahun
Muntah air selepas minum air suam dan muntah selepas makan
Hi doc saya wanita 18 tahun saya berasa mual dan muntah setelah saya minum air suam atau makan akan tetapi hal ini kadang kadang sahaja akan terjadi tetapi setiap hari saya akan muntah sekali dua macam tu dan saya juga hilang selera makan adakah disebabkan perut saya masuk angin sebab saya rasa di dalam perut saya seperti ada udara dan apa saya perlu buat untuk hilangkan angin atau gas dalam perut

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Maaf, kerana penerangan yang anda berikan masih memerlukan beberapa informasi tambahan bagi mempermudahkan kami untuk mengambarkan hal atau keluhan yang sebenar. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk melanjutkan pertanyaan dengan doktor kami diatas talian.
Disamping itu, memandangkan keluhan yang anda berikan mempunyai sejarah yang agak sering, saya menyarankan anda untuk mendapatkan perkhidmatan kesihatan yang lebih komprehensif dari hospital atau hospital pakar yang berdekatan. Hal ini adalah untuk memastikan anda mendapat rawatan secara langsung dengan doktor pakar yang lebih arif dalam bidang-bidang yang terkait.
Lazimnya kondisi anda boleh dikaitkan dengan
- perubahan hormon
- gejala psikologi
- gangguan saluran pencernaan
- atau kondisi tubuh lain yang memerlukan rawatan doktor
Justeru sementara menunggu rawatan lanjut dari doktor di klinik atau hospital, anda juga disarankan untuk
- mengamalkan gaya hidup sihat seperti
- melazimi eksesais atau bersenam
- memperolehi diet yang sihat
- mendapatkan tidur yang cukup
- meningkatkan pemakanan yang
- tinggi kandungan probiotik
- tinggi kandungan serat. potasium dan vitamin
- diringi dengan jadual diet dan minuman secara teratur
- menghindari pemakanan yang
- memicu rasa mual atau muntah
- tinggi nilai atau kadar asid
- sayur-sayuran Cruciferous yang berlebihan
Inginkan penjelasan lebih lanjut daripada pakar? Gastroenterologist kami sedia membantu.
Tambahan lagi, anda boleh berhubung dengan doktor kami secara langsung diatas talian menggunakan link yang berikut. (DoctorOnCall). Terima kasih.