duderynn1
6 tahun
Muntah banyak sangat
Saya 19 dan semalam saya pening bila berdiri…rasa nak muntah.lepas kene paksa baru muntah berturut2.dan sakit dada.perut saya masuk angin ke?sebab saya makan pada waktu tengah hari.Dalam kul 5 saya makan roti.Malam tu baru sakit.Muntah sampai dua baldi😫
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, muntah dapat boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Justeru, anda perlu memberikan keterangan lanjut mengenai simptom atau gejala lain yang anda alami. Sekiranya anda berasa sangat lemah dan tidak dapat mengkonsumsi makanan dan air, adalah amat dikhuatiri akan terjadi dehidrasi. Justeru, sila segera rujuk ke doktor untuk menangani masalah anda.
Silakan klik pada link (DoctorOnCall) untuk menghubungi doktor ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.






































