
Sulit
3 tahun
Muntah dan ada kesan darah sedikit
saya wanita 30 an, hamil anak ke3 dan masuk minggu ke9. saya muntah tadi dan ada kesan tompokan darah sedikit. apa patut saya buat sekarang?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala muntah darah anda boleh disebabkan:
- Kecederaan organ dalaman seperti esofagus
- Ulser perut
- Saluran darah pecah
- Kesan ubat cair darah - sekiranya diberi
- Kanser perut
Anda dinasihatkan untuk merujuk semula ke hospital yang anda dirawat bagi mengelakkan punca yang tidak diingini berlaku. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Sekian.