
Sulit
3 tahun
Muntah dan susah menelan makanan
saya pelajar 16 tahun, kemarin saya muntah selepas makan makanan saya hingga setengah jam saya trrpaksa duduk ditandas untuk membuang semua isi yang saya makan selepas itu muntah saya da berkurang tetapi saya hanya muntah air yang ade warna coklat di muntah itu dan muntah itu terasa macam gas dan keesokan harinya saya makan macam biasa tetapi makanan yang saya makan tercekik di kerongkong jadi saya susah nak telan dan bernafas, saya pun minum air untuk bagi makanan tu jatuh tapi sewaktu minum saya muntah dan makanan still tersekat dan dalam selang berapa minit waktu nak telan ia rasa sakit dibahagian kerongkong dan selepas selesai yang itu setiap kali saya nak makan saya rasa asyik susah nak makan walaupun nasi saya kena sediakan air untuk menelan setiap makanan yang saya makan. kenapa ya saya jadi begini?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Untuk makluman anda, gejala anda alami tersebut, muntah dan susah telan makanan boleh disebabkan oleh beberapa perkara, contohnya:
- Penyakit asid refluks (GERD)
- Keradangan atau kecederaan pada tekak
- Penyakit esofagus
- Jangkitan saluran pencernaan bahagian atas
- Penyakit gastrik
- Penyakit ulser peptik
Untuk mengetauhi punca penyebab masalah ini, terangan dan sejarah yang jelas diperlukan, serta ujian tambahan dan penyelidikan lebih lanjut. Oleh itu, anda perlulah merujuk masalah ini kepada doktor dengan lebih lanjut supaya rancangan rawatan yang sesuai dapat dibincang.
Anda juga boleh menghubungi kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami boleh membantu anda.
Kami berharap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan Doktor Pakar Gastroenterologi.