
tqxtcx
4 tahun
Muntah dan tiada selera makan
Saya wanita berumur 20an, saya kerap mengalami sakit kepala, tiada selera makan dan kerap muntah terutama selepas makan. Saya juga kerap sakit perut. Kalau saya tak makan, saya akan muntah air. Bagaimana cara untuk kurang simptom tersebut. Saya tak larat asyik muntah sepanjang masa.

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang dituju.
Untuk makluman anda, gejala cepat kenyang selepas makan boleh menjadi salah satu tanda penyakit seperti:
- Gastroparesis
- Kanser perut
- Radang pada perut atau usus
Bagi masalah mual dan sakit kepala pula, ia boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Jangkitan kuman pada perut
- Ibu mengandung
- Migrain
- Keradangan otak, hati ataupun paru-paru
- Komplikasi sakit kencing manis
Maka, tanpa pemeriksaan yang lebih khusus, kita tidak boleh menjamin punca sebenar sakit yang anda alami. Walaubagaimanapun untuk menghilangkan keluhan buat sementara waktu, anda dinasihatkan untuk:
- berehat apabila selesai beberapa tugas
- memastikan pakaian tidak terlalu ketat
- memastikan tubuh sentiasa terhidrat (baca: stay hydrated)
- merujuk ke doktor secepatnya
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan tambahan, anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.