
Sulit
4 tahun
Muntah kuning bahaya ke untuk kesihatan ? apa punca?
Hai saya wanita 22 tahun. saya telah bersama dgn pasangan . saya sudah check upt satu line samar tidak pasti saya preg atau tak . sudah 2/3 minggu hari2 saya muntah kuning dgn kerap . sampai saya tak ada selera untuk makan sebab makanan akan keluar balik muntah . sekarang berat badan saya turun disebabkan muntah yang kerap. adakah bahaya untuk kesihatan saya ?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda hadapi. Untuk pengetahuan anda, muntah-muntah seperti yang dinyatakan oleh anda boleh berpunca daripada beberapa sebab:
- Refluks asid atau GERD
- Masalah sfinkter esofagus
- Intoleransi makanan
- Gastritis
- Psikologi: keresahan ( anxiety ) atau anorexia nervosa
Namun begitu, ini hanyalah pandangan kami secara am mengenai keadaan anda. Kami sarankan anda untuk membuat pemeriksaan bersama dengan doktor supaya puncanya dapat dicari dan rawatan dapat diberikan kepada anda.
Dapatkan khidmat kepakaran doktor gastroenterologi untuk menyelesaikan masalah muntah anda hari ini.
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di ( DoctorOnCall ) untuk mendapatkan pencerahan daripada doktor kami. Terima kasih