
Sulit
4 tahun
Muntah kuning sedangkan belum makan apa-apa
Saya wanita mengandung 32tahun masuk 14 minggu seringkali muntah2 slps makan terutamanya makanan sejuk dan manis. Saya musykil sebab Saya ada muntah cecair kuning sedangkan belum makan apa2(puasa). Drpd mana cecair itu ya? Terima kasih

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, cecair kuning yang dimuntahkan adalah kemungkinan asid perut atau jus hempedu. Perkara ini boleh berlaku disebabkan beberapa perkara seperti:
- Muntah pada perut kosong
- Terlalu banyak minum air
- Keracunan makanan
- Usus tersumbat
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan.
Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.