
Sulit
3 tahun
Muntah-muntah dan nafas tercungap-cungap
Sebelum ni saya ada masalah gastrik and axienty. tetapi sejak 2 hari lepas selepas sarapan saya makan akan tersaa loya dan terus muntah. Saya juga perasaan setiap kali saya makan pasti akan tercungap2…seperti masalah sesak nafas…saya ada oximeter dan bila heck kandungan oksigen (95) dan jantung ok (70 - 100).

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih atas soalan yang diajukan oleh anda.
Berdasarkan keterangan anda, kami memahami anda mempunyai penyakit gastrik dan keresahan (anxiety) dan sedang mengalami gejala loya dan muntah selepas makan serta sesak nafas.
Pada pendapat kami, kemungkinan masalah anda berpunca daripada sebab-sebab seperti
- Penyakit gastrik yang berulang atau tidak dirawat sepenunya
- Ulser perut
- Esophagitis
Selain it, memandangkan anda mempunyai masalah anxiety, ia juga boleh menyumbang kepada gejala yang anda alami, terutamanya jika masalah tersebut tidak dirawat atau jika anda sedang meghadapi gangguan tekanan.
Kami amat menyarankan anda untuk merujuk masalah ini kepada doktor agar puncanya dapat dikenal pasti.
Anda boleh menghubungi kami secara atas talian supaya kami dapat membantu anda dengan lebih lanjut.
Terima kasih, kami berharap jawapan kami dapat membantu anda.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.