
Sulit
2 tahun
Muntah-muntah, lapar sentiasa
saya nak tanya, saya memang seorang yang kurang makan. tapi apabila saya makan. selepas setengah jam lapar semula. nadi saya juga seperti laju. kadang2 tangan mengeletar. selalu sendawa. saya juga dapati saya cepat rasa nak muntah apabila makan dalam kuantiti yang banyak. sering terasa nak muntah di siang hari. malam asyik sendawa. jadi soalan saya. adakah itu tanda2 penyakit.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- GERD
- masalah hormon seperti hipertiroid
- Gastrik
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.