hasrischa5
3 tahun
Muntah muntah , pening kepala
saya wanita 17 tahun . sudah berkahwin . period saya tak teratur tapi dah sebulan tak datang period . saya kerap pening kepala , muntah muntah , cepat penat , sakit pinggang bahagian kanan , tak selesa perut , adakah saya mengandung?
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala-gejala yang anda alami boleh disebabkan:
- Kehamilan
- Kehamilan luar rahim
- Masalah ovari seperti ovari terbelit, endometriosis
- Keracunan makanan
- Masalah tiroid seperti hipotiroid
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.































