
Sulit
3 tahun
Muntah muntah yg berterusan
Saya wanita. Saya ingin bertanya mengenai suami saya yg muntah banyak kali lebih dari 5x dari jam 3a.m saya tak tahu punca sbb makanan yg dia makan sama saja dgn saya dan yg lain. Tapi dia je yg muntah. Apa kah punca2 yg mgkin berlaku? Terima kasih

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam Sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan.
Mengikut penerangan anda, kami memahami suami anda mengalami gejala muntah. Terdapat pelbagai punca bagi punca ini dan kami akan cuba menjelaskannya secara am.
Antara punca gejala muntah termasuklah :
- Keracunan makanan (food poisoning)
- Masalah sistem penghadaman
- Akut gastroenteritis
- Kesan sampingan sesetengah ubat
Bagi memastikan suami anda tidak meghadapi komplikasi seperti dehydrasi, anda harus merujuk perkara ini kepada doktor supaya rawatan yang sesuai dapat diberikan.
Anda boleh menghubungi doktor kami untuk mendapatkan konsultasi atas talian.
Kami berharap jawapan kami dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.