
fiezah07
2 tahun
Muntah setiap kali makan atau minum
Hi doctor,
Saya wanita berumur 31, disini nak bertanya soalan, Saya dah muntah2x lebih sebulan. Setiap kali sy mkn or minum sy akan muntah, jika tidak makan saya ok sahaja. Saya dah cuba pelbagai jenis makanan… bila makan buah pon muntah. bila sy pg klinik or hospital Saya diberitahu bahawa saya gastric. Saya dah makan ubat gastric dan tahan muntah pon sy akan muntah. Dorng dah ambik darah sy normal cuma kurng air n zat shaja. Selepas xray abdomen sy pon tiada yang pelik… Saya tidak mengalami sebarang sakit di angota badan saya. Mohon bantuan

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Kesan sampingan ubat-ubatan
- gastrik
- masalah spinter pada bahagian bawah esofagus
- ketumbuhan pada esofagus/perut
- masalah saraf yang mengawal esofagus
- kehamilan
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.