
Sulit
4 tahun
Muntah yg kerap dalam sehari, lebih 2 kali muntah dalam sehari
Saya remaja umur 17,saya ada seorng kwn lelaki satu umur dgn saya. Dya sering muntah dalam beberapa hari ini. Lebih 2 kali muntah dalm sehari… Mengapa itu berlaku?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda hadapi. Untuk pengetahuan anda, muntah-muntah seperti yang dinyatakan oleh anda boleh berpunca daripada beberapa sebab:
- Refluks asid atau GERD
- Masalah sfinkter esofagus
- Intoleransi makanan
- Gastritis
- Psikologi: keresahan ( anxiety ) atau anorexia nervosa
Namun begitu, ini hanyalah pandangan kami secara am mengenai keadaan anda. Kami sarankan anda untuk membuat pemeriksaan bersama dengan doktor supaya puncanya dapat dicari dan rawatan dapat diberikan kepada anda.
Dapatkan khidmat kepakaran doktor gastroenterologi untuk menyelesaikan masalah muntah anda hari ini.
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di ( DoctorOnCall ) untuk mendapatkan pencerahan daripada doktor kami. Terima kasih.