
Sulit
3 tahun
Muntah yg terlihat terlihat seperti ada darah beku
Saya seorang pesakit gerd… saya kerap muntah bole dikatakan hari hari… saya juga baru sahaja menerima vaksin dua hari lepas untuk dose pertama… tadi ketika saya muntah saya terlihat seperti ada ke tuan darah beku dalam muntah saya… ada kan ini perkataan yang perlu dirisaukan?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui keterangan diatas, anda mengalami masalah muntah berdarah. Kami memahami kebimbangan anda dan kami akan cuba untuk membantu anda dalam hal ini.
Untuk pengetahuan anda, masalah ini boleh berlaku disebabkan beberapa perkara seperti:
- Kecederaan organ dalaman seperti esofagus
- Saluran darah pecah
- Kesan ubat cair darah - sekiranya diberi
Namun gejala ini juga boleh berlaku akibat kondisi yang serius yang memerlukan pemerhatian lebih lanjut daripada doktor seperti:
- Ulser perut
- Kanser perut
Oleh itu, anda digalakkan untuk berhubung dengan doktor secara atas talian untuk mendapatkan bantuan lebih lanjut
Kami berharap penerangan ini dapat membantu. Terima kasih
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor