
Sulit
4 tahun
Musykil tentang konsepsi
Sya wanita 30an…nak tanya doktor… Adakah selepas bersama suami akan terjadinya konsepsi sebagai contoh arini bersama… Adakah konsepsi pada hari yg sama jugak.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami memahami kemusykilan anda tentang perkara ini. Untuk makluman anda, secara umum, tidak ada waktu yang spesifik untuk terjadinya konsepsi. Ia akan berlaku jika terdapat pertemuan sperma (lelaki) dan juga sel telur/ ovum (wanita). Namun, tempoh terjadinya konsepsi bergantung kepada ketahanan jangka hayat sperma (dari air mani), dimana hal ini berbeza setiap individu. Akan tetapi, kebiasaannya sperma dapat bertahan selama 2-3 hari.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Jika anda mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk mendapatkan penerangan dan nasihat lanjut tentang perkara ini. Terima kasih
Nikmati saat indah bersama yang tersayang dengan selamat.