aidibadboy26
4 tahun
Musykil tentang penyebaran
Doktor , boleh kah saya dijangkiti virus hiv selepas melakukan oral sex . Wanita tersebut hanya menggunakan tangan untuk meransang saya sehingga ejakulasi dan mencium/jilat puting tetek saya untuk tambah ransangan . Tiada ciuman mulut ke mulut . Dan saya juga menjilat/mencium payudara wanita tersebut . Bantu saya doktor saya risau dan insaf
4 tahun
Selamat Sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Untuk pengetahuan anda, HIV akan tersebar melalui pertukaran cecair badan iaitu darah, semen atau cecair faraj. Jika anda pasti memakai kondom dan tiada pertukaran cecair badan, maka kurang risiko penyebaran HIV. Walaubagaimanapun, anda dinasihati untuk menjalani ujian saringan HIV sekurang kurangnya 3-6 bulan (window period).
Sila berbincang dengan doktor kami untuk mendapatkan untuk penjelasan yang lebih tepat. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan kami secara atas talian. Terima kasih