
Sulit
4 tahun
Nafas cepat mengah dan doktor memberi saya ubat antibiotik dan masalah pernafasan berlarutan sehingga sekarang
saya berumur 18thn dan pada pertengahan bulan 11 badan saya belah kiri dri bahu dada dan perut berasa sakit sehinggakan bila saya nak bernafas pon sakit… selepas seminggu menahan sakit saya mendapatkan rawatan di klinik berdekatan dan pihak klinik berkata saya gastrik… keesokkan harinya pada pukul 4 pagi saya tiba2 terbangun dan duduk dari tidur rasa bila bernafas dada semakin sakit yang teruk lalu parents saya menghantar saya ke kecemasan di hospital… pihak hospital check dan saya tiada masalah nafas dan nadi jantung… kemudian selepas 2 minggu berasa semakin pulih tiba2 nafas menjadi mencungap dan mengah dan kepala pusing2 pening… sehingga sekarang… adakah saya mempunyai asma atau masalah saluran…

4 tahun
Salam sejahtera & terima kasih kerana menghubungi kami,
Gangguan sakit ketika bernafas dan sakit perut boleh dikaitkan dengan perut kembung yang biasanya berpunca dari tabiat pemakanan, seperti:
- Makan terlalu banyak atau terlalu cepat
- Serat (fibre) yang terlalu banyak atau tidak cukup
- Kekurangan bakteria yang baik dalam sistem pencernaan
- Konsumsi sayur-sayuran Cruciferous yang berlebihan (i.e. brokoli, kubis, bak choi dan kale)
- Gas yang tidak atau lambat keluar dari sistem pencernaan (sendawa dan buang angin (kentut) adalah dua cara udara di dalam badan keluar. Lewat atau sering bertangguh ke tandas boleh menyebabkan lebih banyak gas di dalam usus)
Atau kondisi seperti:
- PMS: Sebelum haid, ramai wanita mengalami kembung dan sakit perut
- Intoleransi makanan
- Tekanan / stress
Penyakit yang boleh menyebabkan gejala-gejala yang lain pula termasuk:
- Irritable bowel syndrome(IBS)
- Penyakit radang usus.
- Pedih ulu hati
- Intoleransi makanan
- Gastrik
- Asid refluks (GERD)
- Hormon sepeti tiroid atau wanita sebelum menstruasi
- Jangkitan parasit usus (Giardiasis)
- Gangguan tabiat makan seperti anoreksia nervosa atau bulimia nervosa
- Faktor kesihatan mental seperti tekanan, kebimbangan, kemurungan, dan banyak lagi
- Sesetengah ubat-ubatan
Sesak nafas anda boleh berpunca dari kembung perut kerana tekanan abdomen yang menekan pergerakkan paru-paru. Sekiranya gejala berlarutan atau bertambah, sila berjumpa dokter segera.
Untuk mengetahui punca masalah sebenar anda perlu mendapatkan rawatan dan pemeriksaan lanjut. Tambahan lagi anda juga boleh mendapatkan informasi secara langsung (di atas talian) dengan doktor kami yang bertugas kami di (DoctorOnCall).