
Sulit
3 tahun
Nafas laju waktu bangun pagi,perut kosong
Saya lelaki dlm 20 an. Saya ada masalah bila setiap bangun pagi.nak makan nasi lemak nafas saya jadi laju mungkin takut kot.pastu saya perasan dada saya mcm penuh dengan angin rasa mcm susah nafas pun ada.begitu juga bila naik kereta atau motor,nafas jadi laju pastu susah bernafas. kalau dalam kereta saya rasa mcm terkurung. Saya pernah cuba waktu saya normal cuba nafas laju² rasa mcm nak muntah pastu pening.tapi bila saya terkena serangan mcm tu dada rasa xselesa(penuh dengan angin).bila terkena serangan mcm tu nak berckp pun saya nak xnk je.Boleh saya tahu apa masalah saya ni dok?boleh sembuh?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Hai, terima kasih kerana bertanyakan masalah anda kepada pihak kami.
Berdasarkan keterangan anda di atas, anda mengalami masalah nafas menjadi laju setiap kali bangun pagi sehingga menyukarkan anda melakukan aktiviti harian. Kami fahami kebimbangan anda dan akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, gejala nafas menjadi laju atau kesukaran bernafas, lazimnya dapat disebabkan oleh beberapa hal, seperti:
- Resdung
- Kepenatan dan kurang berehat
- Ketegangan otot dada
- Alahan
Namun begitu, masalah sedemikian juga boleh disebabkan oleh kondisi yang lebih serius dan memerlukan pemerhatian doktor segera seperti:
- Kekurangan darah atau anaemia
- jangkitan paru-paru kronik seperti tibi, paru-paru berair (pulmonary oedema)
- penyakit obstruktif saluran pernafasan kronik (Chronic Obstructive Airways Disease)
- Asma
- Serangan jantung
- Jangkitan paru-paru
- masalah psikiatri - panik, kegelisahan (Anxiety Disorders)
Justeru, anda amat disarankan untuk bercakap dengan doktor secara atas talian agar kami boleh membantu anda dengan lebih lanjut .
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda.
Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.