
Sulit
4 tahun
Nafas Pendek dan Jantung berdebar
Hello…saya lelaki berumur 24 tahun…setiap kali waktu malam,saya sukar untuk tidur dan mula rasa hidung tersumbat…dan kadang² rasa berdebar sgt² serta nafas pendek…boleh saya tahu adakah ini tanda tanda anxiety?

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, masalah yang anda hadapi boleh berlaku disebabkan beberapa perkara seperti:
- Asma
- Anemia - kurang darah merah
- COPD: Masalah paru-paru sempit
- Penyakit tibi
- Alahan
- Penyakit jantung koronari
- Tekanan emosi dan anxiety
Antara ciri-ciri penyakit anxiety atau keresahan ialah:
- Berasa gementar, risau dan tertekan
- Merasakan bahaya semakin hampir
- Bernafas dengan laju
- Berpeluh
- Terketar-ketar
- Berasa lemah
- Susah untuk fokus
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan.
Hidung tersumbat dan sukar bernafas? Dapatkan kelegaan segera.
Anda juga boleh klik di link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.