Sulit
3 tahun
Nafas pendek dan sakit tengkuk hingga bahu
Salam doktor, saya wanita berumur 33 tahun masih bujang. 3,4 hari saya rasa tak sedap badan. Bernafas tidak puas rasa macam nafas pendek dan sakit tengkuk sampai bahu dan rasa seperti panas dalam. Bila cek suhu normal 36.7. Saya ada makan panadol dan jumpa doktor disarankan buat covid test (PCR). Alhamdulillah semalam result keluar negative. Tapi saya masih rasa pernafasan kurang selesa dan masih ada rasa panas dalam tapi sakit tengkuk dan bahu dah byk berkurang. Apakah saya perlu buat saringan covid lagi.
Apakah rawatan yg perlu saya buat sekarang? Tq doktor.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Untuk pengetahuan anda, terdapat beberapa sebab mengapa anda mengalami masalah tersebut, seperti:
- Jangkitan paru-paru
- Serangan asma
- Radang selaput dada dan tulang rusuk (costochondritis)
Hidung tersumbat dan sukar bernafas? Dapatkan kelegaan segera.
Saranan kami pada masa ini adalah anda perlu memantau gejala anda dan mempraktikkan SOP yang telah digariskan oleh KKM. Sekiranya keadaan anda semakin parah kami, anda perlu menghubungi pihak kesihatan atau pergi ke klinik atau hospital berdekatan.
Masih mengalami masalah sesak nafas? Pakar paru-paru sedia membantu!
Ini hanyalah keterangan kami secara am. Anda perlu berjumpa dengan doktor untuk pemeriksaan lanjut dan mendapatkan rawatan untuk masalah yang anda alami.
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk mendapatkan konsultasi daripada doktor kami. Terima kasih.