
Sulit
3 tahun
Naik bintik bintik seperti bernanah
SAYA REMAJA BERUMUR 15 TAHUN MEMILIKI MASALAH BINTIK II SEPERTI BERNANAH BERADA DIATAS BADAN SECARA TIBA II, LANGSUNG TIADA PUNCA ATAU GATAL II DI BADAN…TIBA II SAHAJA ADA DI BADAN…APABILA IANYA BERNANAH DAN PECAH SANGAT PEDIH SEPERTI MENCUCUK CUCUK DI BADAN…SAYA MEMANG TIDAK ADA MENGALAMI PENYAKIT BERJANGKIT ATAU ELERGIC…SAYA SEKARANG TINGGAL DI ASRAMA…BOLEH BERI KETERANGAN PENYAKIT APA YANG SAYA HADAPI??

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi iaitu bintik-bintik bernanah pada kulit badan. Untuk makluman anda, secara umum, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara, antaranya ialah:
- alahan kulit akibat cuaca, suhu, haba, habuk, dll.
- jangkitan virus (i.e. varicella, demam campak, measles, dll.)
- dermatitis
- facial erythema
- faktor kuman atau kebersihan
- gangguan akibat kulit berpeluh
- tanda tanda awal gangguan ruam yang lain
Kami sarankan anda pergi ke klinik berdekatan dengan anda dan dapatkan rawatan yang lebih tepat untuk kondisi kulit anda. Pemeriksaan yang lebih terperinci perlu dilakukan untuk melihat keadaan luka anda sebelum memberikan apa-apa kesimpulan.
Dapatkan kulit yang sihat dengan penjagaan kulit yang betul.
Anda juga boleh klik di link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.