
shahmie98
5 tahun
Najis berwarna hitam dan cair
hampir 2 minggu saya mengalami najis berwarna hitam.sy mngalami sembelit sebelum ini.2 atau 3 hari sekali baru sy mmbuang dan najis agak keras.baru2 ini saya ada mengambil fiber berbentuk cecair yang dibeli di farmasi.alhmdulillah sy minum sebelum tido dan keesokan pagi saya akan ke tandas.kekerapan 2 kali sehari.tetapi hari ini saya sudah ke tandas sebanyak 4 kali n najis cair berwarna hitam.sy juga ada mengambil supplement iberet folic selama 2 minggu ini.adakah najis brwarna hitam itu disebabkan ubat atau fiber yg saya minum itu

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala najis berwarna hitam boleh disebabkan oleh beberapa hal seperti:
- Pendarahan dalaman usus
- Kesan pengambilan ubat zat besi (iron)
- Pendarahan poilp usus
- Sembelit - tahi duduk terlalu lama dalam usus
Merujuk kepada pengambilan ubat iberet folic, harus diketahui bahawa iberet folic mengandungi kandungan seperti dibawah yang mana iron sulpahte adalah sejenis zat besi.
- Iron sulphate
- Vitamin B
- Vitamin C
- Niacinamide
- Calcium pantothenate
- Asid folik
Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma)untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.